BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

19 July 2011

BINGKISAN DOA


Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia miliku,tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi dan ya allah ya tuhan ku yang maha mengasihani seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi....Tetapi Ya Allah,seandainya engkau takdirkan dia bukan miliku bawalah ia jauh dari pandanganku,Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan serta Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti berikanlah aku kekuatan...Melontar bayangnya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar ku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya dan Ya Allah yang tercinta gantikanlah yang telah hilang,tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya...Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirmu sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini....Ya Allah cukuplah engkau sahaja menjadi pemelihara ku di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat sekaligus menjerumuskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturanan yang soleh....Aminnnnnnn

0 comments: